Pages

Monday, August 29, 2011

Selamat hari raya


Salam sejahtera

Setelah 29 hari berpuasa maka sampailah masanya berhari raya... Semoga selama 29 hari yang lalu dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita.. Itulah tujuan berpuasa.

Sempena hari raya ini jangan lah terlalu boros berbelanja kerana banyak perkara yang tidak terduga boleh berlaku selepas cuti raya ni. Yelah nak mula sekolah bagi anak-anak dan mula kerja yang mungkin memerlukan kos.

Sentiasalah beringat sebelum terlambat...
Selamat hari raya....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, July 22, 2011

Saya tak cukup masalah.....

 Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Bagaimana dengan program penambahan ilmu? Pasti ada yang baru dipelajari kan. Paling tidak pun amalkan ilmu yang sedia ada. Seperti kata orang "betulkan yang biasa, biasakan yang betul".

Seringkali apabila diminta melakukan sesuatu yang baru pasti kita akan mendengar rungutan tak cukup masa. Hairan betul padahan setiap orang ada 24 jam sehari semalam. Tak ada yang lebih pun lainlah jika kita berada di planet lain mungkin masa kita akan bertambah. 

Masalah tidak cukup masa ni sebenarnya berpunca dari pengurusan masa yang lemah. Kita perlu mencari satu teknik yang betul agar dapat membantu dalam pengurusan masa. Ada bijak pandai mencadangkan supaya sediakan senarai yang kita lakukan agar lebih mudah dilaksanakan. Terbaru yang saya dengar ialah senaraikan perkara yang kita tak patut buat agar tidak membuang masa. Ni lagi baik kot, yelah jika tak buat perkara tersebut maka masa itu boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanafaat. 
Segala yang perlu dilakukan adalah bergantung kepada diri sendiri kerana kita lebih mengetahui bagaimana dan untuk apa masa kita digunakan. Elakan dari membazir masa kerana masa ang berlalu itu tidak akan kembali lagi. 

Semoga kita dapat mengurus masa dengan baik. 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, June 30, 2011

Remaja muflis....

Salam sejahtera,
Semoga kita semua sentiasa sihat dan gembira. Tambahlah ilmu agar hidup kita lebih baik dari semalam.

Kehidupan pada masa kini adalah sangat mencabar. Setiap hari kita akan menghadapi situasi yang baru ditambah dengan perkembangan teknologi yang cepat. Sesiapa yang lambat akan ketinggalan dalam semua bidang. Bagi kita yang bekerja, hutang mungkin satu perkara yang perlu di lakukan untuk menampung kehidupan. Namun jangan jadikan hutang satu kemestian, selagi kita boleh membayar secara tunai gunakanlah wang tunai. 

Ramai diantara kita menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang terutamanya apabila jumlahnya telah terlalu banyak. Biasanya hutang kad kredit merupakan musuh utama kepada golongan remaja yang baru bekerja. Akhbar ada melaporkan golongan ini paling ramai diistaharkan muflis disebabkan oleh kad kredit. Akibat menginginkan gaya hidup yang mewah maka mereka mudah terjebak dengan penggunaan kad kredit tanpa had. 
Apabila menyedari menyedari kemampuan untuk membayar adalah rendah maka mereka tidak mampu untuk meneruskan bayaran secara bulanan. Ini yang memyebabkan hutang makin meningkat dan akhirnya mereka diistaharkan muflis. 

Bagi membantu kawan-kawan yang berhutang, cara di bawah ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

1. Tenang - Kita perlulah bertenang agar dapat membuat keputusan yang baik. Jangan tergopoh gapah dalam membuat keputusan kerana hutang yang banyak. Cuba bertenang dan dapatkan idea atau cara untuk selesaikanhutang tersebut. 

2. Turunkan taraf kehidupan - Disini kita perlu melihat keperluan yang penting sahaja bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian. Tidak perlulah menggunakan jenama yang mahal, seperti kata pepatah ukur baju di badan sendiri.

3. Tingkatkan sumber pendapatan - Kita boleh meingkatkan sumber pendapatan dengan melakukan kerja secara sambilan. Ini akan dapat membantu untuk menyelesaikan hutang dengan lebih cepat. PAda masa sekarang ni banyak sumber pendapatan secara sambilan boleh dilakukan. Dengan bantuan internet maka kita boleh lakukan di rumah sahaja. 

Nak buat duit di internet adalah mudah tapi kalau nak bina sebuah bisnes di internet, itu bukan caranya. Tak hairanlah kenapa Zamri Nanyan boleh terus mula bisnes internet dengan betul pada awal tahun 2003. Beliau ada rahsianya.

Nak tahu rahsia beliau?
Benar-benar nak tahu rahsia beliau?
Nah ini saya dedahkan.

Beliau pelajari beberapa model bisnes internet yang telah terbukti berkesan terlebih dahulu. Kemudian beliau menilai sendiri adakah model bisnes internet tersebut sesuai dengan apa yang beliau ingin lakukan.

Kemudian barulah beliau implimentasikan.
Dah nampak klu yang saya berikan?
Model bisnes internet.
Sekarang, tanya diri anda.

Adakah apa yang anda lakukan adalah menepati model bisnes internet yang telah pun terbukti berkesan dan berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan? Adakah anda benar-benar pasti anda mempunyai sebuah model bisnes internet yang kukuh?

Bolehkah model bisnes internet anda kekal bertahun-tahun lamanya?

Jika salah satu daripada soalan di atas tak dapat anda jawab sebaik sahaja soalan dibacakan, anda ada masalah besar  - dan sahlah anda MESTI menghadiri seminar model bisnes internet yang bakal Zamri Nanyan & Patric Chan anjurkan pada 23 & 24 Julai nanti.

Inilah seminar selama 2 hari yang akan membongkar beberapa model bisnes yang mampu memberikan pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan untuk anda.

Sudah sampai masanya anda bukan lagi bermain-main dengan cubaan buat duit di internet.
Kerana masa tersebut telah berlalu dan lebih baikanda lakukannya dengan betul buat pertama kalinya.

Anda berhak untuk berjaya maka jangan lepaskan peluang ini klik jer kat sini untuk tahu lebih banyak. 


Sekian

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, May 30, 2011

Prinsip Jutawaan..



Salam Sejahtera,

Semoga anda semua sihat dan ceria. Dapat ilmu baru hari ini? Sentiasalah tambah ye kerana orang yang berjaya adalah lebih baik dari semalam, jadi untuk lebih baik dari semalam tambah lah ilmu baru hari ni. Mudahkan kerana ilmu tu boleh di perolehi di mana-mana sahaja. Namun pastikan ia yang benar bagi memastikan kita tidak terlibat dengan fitnah pula... 

Bila cerita pasal kumpul duit ni macam-macam cara yang kita tahukan. Ni seorang sahabat saya ada sediakan panduan nak kumpul duit cara mudah. Namun kita perlukan sedikit pengorbanan dalam amalan harian. Yelah setiap kejayaan perlukan pengorbanan, tak kiralah kecil atau besar. Dengan pengorbanan kita akan lebih mudah menghargai sesuatu yang kita ada. 

Saya pun dah amalkan satu dari cara tersebut terbukti berkesan, tu baru satu yang saya amalkan jika lebih maka lebih lagilah yang terkumpul. Anda pun boleh lakukan, hanya klik pada banner kat atas tu. Lagi pun sahabat saya ni banyak beri bonus yang tak sepatutnya diberi (hanya kepada orang yang bertindaklah). Mungkin anda adalah orang tersebut, tawaran sahabat saya ni pun tak lama seminggu je lagi....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, May 26, 2011

Google Adsense


Salam sejahtera,
Semoga semua sentiasa sihat dan ceria. Kita biasa dengar pelbagai cara untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan. Namun setiap cara ada kelebihan dan kekurangan. Kita perlukan ilmu yang betul agar kita dapat mengurangan risiko kegagalan semasa melakukan sesuatu perkara. Jika kita berminat dengan model pemasaran email maka kita perlu menambah lebih maklumat berkaitan pemasaran email.
Kali ini seorang sahabat saya telah bermurah hati untuk memberikan satu ebook berkaitan dengan Adsense. Mungkin ada yang telah tahu serba sedikit berkaitan dengan Adsense namun panduan ini mungkin aka memberikan ilmu yang lain.
Lagi pun ia adalah percuma, apa yang perlu dilakukan ialah klik pada banner kat atas tu. Maklumat ini amat penting untuk memulakan program Adsense agar mendapat pulangan yang sesuai.

Dapatkan ilmu untuk berjaya...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sunday, May 15, 2011

Masalah modal..

 Salam sejahtera,
Dalam perniagaan masalah modal adalah paling banyak diperkatakan. Yelah jika tiada modal macam mana nak berniaga.

Namun tahukah anda bahawa modal bukan sahaja bermaksud wang. Modal boleh bermacam-macam malah dalam diri anda sebenarnya ada modal paling besar. Apa modal tu ye? Akal anda adalah modalayang paling berharga. Dengan akal anda dapat melakukan banyak perkara yang tidak memerlukan wang pun untuk menarik wang.

Namun akal yang boleh digunak perlu di isi dengan baik agar dapat digunakan dengan maksimum. Nak isi akal mudah je banyakkan membaca dan memerhati. Pasti akal akan memberikan idea, hah dari situ lah boleh buat wang....

Mudah kan, lagi mudah jika anda ada kemahiran tertentu untuk dikongsikan dengan rakan-rakan. Jangan hanya kongsi dengan rakan yang kenal mungkin ramai yang perlukan kepakaran anda. Mulakan perkhidmatan anda untuk tambah pendapatan...

Rasanya dah cukup lah dulu, nanti banyak sangat ntah apa nak citer nanti... Gunakan modal dalam diri anda untuk berjaya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, April 12, 2011

Anda yang pilih..

 Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih ceria dan gembira, sentiasalah tambah ilmu supaya kehidupan hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru baca satu ebook yang menarik berkaitan kewangan. Sungguh menarik kerana kandungan yang diberikan adalah sangat praktikal. 

Walaupun mengamalkan satu daripada teknik yang diberikan pasti kita akan dapat melihat perubahan dalam  kewangan harian dan bulanan. Semua ini adalah pilihan yang kita inginkan dalam kehidupan. Jika kita mahu mempunyai wang yang lebih maka kita akan membuat sesuatu supaya dapat meningkatkan tahap kewangan. Namun jika kita masih tidak mahu berubah dan selesa dengan kehidupan sekarang ia adalah pilihan yang kita mahu.

Keselesaan kadangkala boleh membuatkan kita menghadapi masalah yang kronik. Disebabkan kita tidak mahu berubah maka segala yang berlaku disekeliling akan dilihat sebagai sesuatu yang biasa. Setiap pilihan yang dilakukan akan menyebabkan perubahan, ini akan memberikan lebih kebaikan dalam kehidupan. Perubahan kearah yang lebih baik adalah paling digalakkan, jika dahulu hanya tersenyum sekarang kita boleh memberi salam. 
Jika dahulu tidak suka membaca, sekarang boleh mulakan satu jam sehari untuk membaca. Tabiat membaca ini akan memberikan keuntungan yang besar kehidupan kita. Seperti kata para bijak pandai "pelaburan yang paling berharga ialah terhadap ilmu". Hanya dengan ilmu kita boleh menjadi kaya dan berjaya, harta yang dikumpul boleh musnah dan hilang, tetapi ilmu yang bernafaat akan sentiasa membantu kita dalam sebarang situasi tak kira susah atau senang. 
Untuk itu pilihlah untuk berubah kepada menambah ilmu, hanya dengan ilmu kita akan dapat membezakan baik dan buruk. Mulakan dengan bahan bacaan yang kita minat dan menambah ilmu baru. Mungkin dengan ilmu tersebut akan membantu kita untuk meningkatkan sumber kewangan pada masa hadapan. 

Pilihlah untuk berkongsi kerana perkongsian ilmu akan menyebabkan kita semakin kaya dengan pengetahuan. Malah ia dapat membantu ramai orang dalam memajukan diri. Seperti kisah seorang pemuda  miskin dan pemancing, setiap hari pemancing boleh memberi ikan kepada si pemuda tersebut. Namun akan menjadi lebih bijak jika dia berkongsi ilmu memancing agar pemuda tersebut dapat memancing sendiri, serta dapat berdikari.

Selamat maju jaya..
Sekian...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...