Pages

Saturday, May 23, 2009

Kita tak pernah cukup......




Salam.

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Bayi mempunyai satu tabiat yang amat kompleks, contohnya sebaik sahaja bangun tidur dia akan melihat siapa yang berada disis samaada ayah atau ibu. Jika ayah yang ada dia akan menangis memanggil ibunya, perkara yang sama berlaku jika ibunya yang ada dia pun menangis memanggil ayahnya. Memang pelik kan????
Namun perkara tersebut akan terbawa-bawa hingga ke dewasa.... Yelah apa yang kita tak ada tulah yang kita nak sangat-sangat. Maka akan wujudlah berbagai alsan yang kadang-kadang tak masuk akal. Jika yang baik oklah, boleh usaha nak dapatkan namun jika yang buruk?????
Cabaran dalam kehidupan ni sememangnya menguji kita, jika kita tak kuat iman maka akan berlakulah berbagai-bagai bencana. Lihat orang pakai kereta besar kita pun nak juga, orang tukar handphone baru kita pun nak tukar (walaupun masih boleh guna), banyak lah lagi yang ikut orang ni..... memang tak akan habis...
Jika kita lihat pada masa dahulu keperluan utama hanya ada tiga perkara iaitu PAKAIAN, MAKANAN dan TEMPAT TINGGAL. Itu dulu punya cerita, sekarang mungkin ia akan bertambah seiring dengan pembangunan dan perkembangan teknologi. Contoh yang paling hampir handphone pada tahun 1998 ia merupakan alat bagi golongan yang berada, pelajar yang memiliki handphone pada masa tu amat kayalah.... (masa tu kat universiti memang tak nampak pelajar yang guna). Sekarang dah menjadi keperluan asas malah siapa yang tiada dianggap ketinggalan..... (sekarang ni ada RM100 dah dapat sekadar untuk telefon dan sms). Tak salah anda memiliki handphone namun ukurlah dengan diri anda dan apa tujuannya. Kata pepatah melayu "Ukur baju dibadan sendiri" :-).
Satu cara agar kita tidak terjebak dalam situasi ni ialah dengan banyakkan bersyukur, lihat kepada mereka yang kurang mampu dari kita. Kata orang "Jangan hanya mendongak melihat awan, sesekali pandanglah rumput di bumi"
Sekian wassalam...






Monday, May 18, 2009

Membaca adalah ilmu....

Salam.....
Semoga hari ini lebih baik dari semalam... Menuntut ilmu adalah perkara yang amat mulia. Apa sahaja yan ingin dilakukan perlu lah mempunyai ilmu. Walaupun hendak makan, jika anda tak ada ilmu nak makan maka mungkin anda akan termakan makanan yang basi atau beracun.
Terdapat bermacam cara untuk mendapatkan ilmu, anda boleh perolehi dengan belajar dari guru, dari alam, dari pengalaman dan dari buku atau bahan bacaan.
Bagi mendapatkan ilmu sepatutnya kita tida berkira dengan kos selagi kita mampu. Itulah sebabnya kita lihat ada seminar yang berharga ratusan malah ribuan ringgit. Jika anda mampu silakan iaadalah lebih baik. Namun jika terdapat kekangan terhadap kewangan jangan memaksa dapatkan dengan cara yang lebih murah. Jika kita minat hendak menghadiri seminar Azizi Ali, namun belum berkesempatan anda boleh dapatkan buku-buku kanrangan beliau. Begitu juga dengan penulis-penulis lain seperti Irfan Khairi, Dato Dr. Mohd Fadilah Kamsah, Chef Li, Smartzul dan ramai lagi penulis.
Mereka ini semua telah menghasilkan buku yang merupakan ilmu bergerak. Anda boleh bawa kemana-mana dan boleh menbacanya pada bila-bila masa. Dengan teknologi yang canggih kini terdapat medium internet yang menyediakan pembacan tanpa sempadan. Anda dapat membaca buku yang pelbagai secara online. Malah ada yang percuma namun maklumat yang diberikan amat hebat dan sukar diperolehi dimana-mana sekali pun. Contoh nya majalahim.com ia merupakan satu-satu nya majalah dalam talian dan percuma. Dalam majalah tersebut anda akan memperolehi maklumat berkaitan dengan perniagaan internet dan peluang yang ada di dunia siber. Dapatkan sekarang kerana majalah ini adalah percuma.
Oleh itu banyakkan membaca kerana dengan membaca anda akan memperolehi maklumat dengan cara yang paling murah dan bermanafaat.
Sekian wassalam..

Monday, May 11, 2009

Kata-kata semangat.....

Salam,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pujangga ada menatakan bahawa terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk akibatnya. Apa bila nak berkata-kata kita perlu lah hati-hati kerana kadangkala kata-kata yang kita rasa biasa boleh mengguris hati orang lain. Setiap kata-kata yang diucapkan perlulah baik agar kita akan mendapat keberkatan.
Ada juga ulamak yang berkata lebih baik diam jika tidak ada apa yang nak diucapkan. Jagalah lidah mu kerana ia upama pedang. Menggnakan lidah dengan baik akan menjadikan kita dihormati dan disegani namun jika kita tersalah guna mungkin akan mengakibatkan malapetaka yang besar.
Mungkin kita anggap ia sebagai gurauan namun berhati-hati jika orang yang nak bergurau tu belum kita kenal hati budinya. Gurauan bagi kita mungkin hinaan bagi mereka. Sentiasalah ucapkan yang baik-baik seperti kata-kata semangat dan nasihat supaya membuat kebaikan.
Bagi mengelakkan masalah anggaplah segala yang diucapkan oleh kawan-kawan tu sebagai kata-kata semangat, dengan itu kita tidak akan tertekan dan dapat melakukan kerja dengan baik.
Sekian wasslam...

Wednesday, May 6, 2009

Anda minat berforum?????

Salam.
Peluang anda telah tiba, bagi anda yang sentiasa berforum jangan lepaskan peluang ini... Jarang-jarang kita dapat tahu rahsia yang besar ni... Sambil-sambil anda berforum tu boleh buat duit tau... bagai mana nak tahu klik lah pada banner ni di bawah ni....



Penulis yang hebat ni dah lama buat duit guna forum, sekarang setiap lang kah yang diguna pakai telah didedah kan kepada mereka yang nak... Tak rugi jika anda suka berforum, apa kata gunakan peluang ni untuk jana pendapatan.... Supaya dapat cara yang betul dapatkan ebook kuasa forum ni..... Nak dapat maklumat lanjut klik pada banner kat bawah....



Sambil-sambil tunggu result tu apa kata cuba.......dapat ilmu.....

Sekian wassalam....

Baru nak mula....

perniagaan internet


Salam.
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira... Memulakan sesuatu yang baru ni akan membuat kan kita teruja, maklumlah dengan perkara yang baru diharap akan memberikan sesuatu yang lebih baik. Jika bertukar tempat kerja maka suasana yang baru akan lebih memberikan semangat baru...
Bagi pelajar yang akan mendapat tempat baru di universiti semoga tempat tersebut lebih memberi semangat untuk belajar dan mencapai kecemerlangan. Pelajar lepasan SPM 2009 yang akan mendaftar ke kolej matrikulasi atau mana-mana pusat pengajian tahniah untuk anda... Jadikan peluang ni sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Dengan ilmu anda akan dapat mencapai apa yang anda inginkan.....
Kepada kawan-kawan yang belum mulakan langkah pertama tu mulakanlah sekarang jangan hanya nak merancang kerana jika merancang tampa pelaksanaan tidak akan kemana....
Sekian wassalam....


Monday, May 4, 2009

Ilmu percuma.....

Tambah ilmu anda dengan pembacaan.....

1) Jika anda berminat dalam bidang pelaburan mungkin inilah pilihan yang tepat... dengan bimbingan yang diberikan serta software yang berguna diberikan cecara pakej....




2) Ketahuilah rahsia bagaimana seorang pelajar telah mendapat RM10k dalam tempoh sebulan.... tu pun sambil menunggu keputusan SPM..... Dapatkan rahsia beliau yang telah didedahkan dalam pakej ini....



3) Masalah biasa bagi pasangan yang baru.... Perancangan kewangan yang baik akan memastikan anda dan npasangan anda akan bersatu lebih cepat..... Bagi yang dah berkahwin pun boleh gak baca...... Paling penting bagi remaja yang memikirkan masa depan yang cerah........



Semoga anda akan mendapat manafaat daripada maklumat di atas.... untuk lebih lanjut klik segera agar lebih cepat anda mulakan langkah pertama.....
sekian wassalam....

Ilmu kebersihan......



Salam,
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira, walaupun dunia sekarang sedang menerima ujian baru. Hidup perlu diteruskan, jika anda menghidapi selsema atau demam segeralah mendapatkan rawatan. Bagi mengatai masalah ini amalkan kebersihan dengan mencuci tangan setelah membuat kerja. Sentiasalah mengamalkan kebersihan, dengan cara itu kita akan dapat menghindari segala penyakit bawaan haiwan atau serangga.
Bagi mencegah penyakit denggi kita perlu bersihkan kawasan sekitar bagi mengelakan tempat pembiakan nyamuk. Lakukan gotong-royong sekurang-kurangnya sekali seminggu, tak perlu lama hanya 10 minit bersihkan kawasan air bertakung.
Dengan kerjasama segenap lapisan masyarakat mungkin masalah ini akan dapat diatasi dengan cepat. Keperihatinan setiap individu adalah kunci kejayaan setiap program ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...