Pages

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira. Setelah 17 hari menyambut Ramadah kita pasti tak akan lupa pada hari Al Quran diturunkan. Sambutan yang dilakukan amat meriah terutamanya di masjid-masjid dan surau-surau. Semoga ia akan menyemarakkan semangat kita untuk membaca dan menghayati Al Quran. Jika kita dapat membaca maka pahala yang diperolehi adalah sangat banyak, paling kurang pun kita dengar orang baca dapat gak pahala.
Setelah 1400 tahun Al Quran diturunkan masih ada lagi yang peristiwa zaman jahilliah yang berlaku kini. Kes buang bayi berlaku dengan berleluasa dan amat membimbangkan. Adakah ini tanda akhir zaman?? Kepada para remaja sekalian sentiasalah berwaspada dan beringat bahawa hanya agama dan adat yang akan selamatkan kita dari maksiat. Semua agama melarang melakukan perkara yang jahat, malah semuanya menyuruh kepada kebaikan. Jagalah diri dan negara anda.

Sekian

http://www.rinss.com/

Sunday, August 22, 2010

Mangsa mercun pertama

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa melakukan yang terbaik.
Setelah 15 hari menjalankan ibadat puasa berlaku kemalangan pertama akibat mercun. Mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang bermain mercun bola. Jika pada tahun 90an dulu berita berkaitan kemalangan bermain mercun adalah perkara biasa kerana mercun memang mudah diperolehi.
Setelah pihak kerjaan melarang kemasukan mercun maka kemalangan akibat mercun berkurangan. Mungkin perayaan tidak meriah jika tiada mercun, namun ia akan menjadi lebih menyedihkan jika berlaku kemalangan atau malapetaka yang akibat bermain mercun.
Elakkan bermain mercun kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Lagi pun ia bukannya mendatangkan faedah malah lebih banyak mudarat. Anda boleh fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.


http://www.rinss.com/

Monday, August 16, 2010

Membaca untuk berjaya

Salam sejahtera,
Semoga saudara semua sentiasa ceria dan gembira. Amalan membaca adalah perkara yang penting untuk kita maju dan berjaya dalam segala bidang.
Saya baru je habis membaca satu buku yang berkaitan dengan perniagaan. Amat berbaloi dengan harganya dan panduan yang diberikan. Setiap permasalah yang diajukan juga dilayan dengan baik dan dapat diselesaikan secepat mungkin. Semua bahan yang diberikan amat berguna bagi saya untuk memulakan satu perniagaan kecil.
Segalanya dalam gengaman kita. Jika anda ingin tahu lebih lanjut sila klik disini
http://www.rinss.com

Sekian

Wednesday, August 11, 2010

Tahniah untuk anda

Salam sejahtera
Tahniah untuk anda kerana telah berjaya menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431H. Diharapkan peluang ini digunakan untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita.
Perbanyakan yang sunat dan sunnah agar anda akan mendapat ganjaran yang berganda.
Antara perkara sunat yang hanya ada pada bulan Ramadhan ialah solat terawikh. Cubalah lakukan samaada berjemaah atau bersendirian.
Perkara sunah yang boleh dilakukan ialah lewatkan bersahur dan sewaktu berbuka mulakan dengan kurma.

Selamat Berpuasa, Semoga Ia Lebih Baik Dari Tahun Lepas

Tuesday, August 3, 2010

Rancang untuk berjaya

Kejayaan tercapai dengan perancangan yang baik.

Salam sejahtera
Semoga sentiasa ceria dan gembira. Sekarang sudah bulan Ogos 2010, sudah hampir 2/3 tahun 2010 ditempuhi. Adakah segala rancangan anda telah terlaksana? Masih ada peluang lagi untuk menjayakannya. Jika perancangan telah dilakukan anda hanya perlu mengikutinya agar berjaya. Setiap kejayaan yang dikecapi selalunya bermula dengan perancangan.
Jika anda gagal merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal. Perancangan yang dilakukan tidak perlulah terlalu teliti, mungkin untuk peringkat awal ialah apa yang anda ingin lakukan secara kasar. Apa yang paling penting ialah tulis setiap perancangan yang kita rancang. Jika kita simpan rancangan dalam fikiran maka ia akan kekal sebagai angan-angan. Semacam cerita Mat Jenin tu kan. Semasa panjat pokok kelapa boleh berangan akhirnya jatuh terus tak jadi apa.

Sekian
http://www.rinss.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...