Pages

Thursday, February 17, 2011

Bisnes tanpa modal?

Salam sejahtera

Tentu anda berminat nak buat bisnes kan. Maklumlah sekarang ni semua orang sedang bercakap nak tambah pendapatan dan pasti bisnes adalah topik utama. Maklumlah 9 dari sepuloh sumber rezeki adalah dari bisnes.
Apabila cakap pasal bisnes ni perkara utama yang ditanya ialah berapa modal nak guna? Apa yang diketahui setiap perniagaan memerlukan modal walaupun perniagaan tersebut adalah kecil. Jika anda nak jual burger pun modal paling minimum ialah RM 500. Nak kena cari tapak atau tempat yang strategik pula.

Apa itu "R I C H" ?

Salam sejahtera
Semua orang nak kaya namun mereka tidak tahu bagaimana nak kaya. Pada kali ini saya akan berkongsi bagaimana nak mula untuk anda terus menjadi kaya. Bagi sebahagian orang, kaya membawa banyak makna, namun secara umumnya kaya ialah mempunyai kebebasan dalam kewangan. Yelah bebas nak beli apa pun.
Jika anda ingin mendapatkan kebebasan begitu maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah pandangan anda terhadap kaya. Biasanya kita ni secara tak sedar mengatakan kita tak suka jadi kaya walaupun mulut kata nak kaya. Terlalu banyak tanggapan negatif terhadap kaya menyebabkan kita tidak berusaha untuk kaya. Cara mudah untuk anda pastikan minda positif terhadap kaya ialah senaraikan apakah pandangan anda terhadap orang kaya.
Setelah siap senaraikan tu cuba lihat berapa banyak yang positif dan yang negatif. Tukar yang negatif kepada positif. Memanglah akan mengambil masa untuk ubah, anda dah lama dengan minda yang negatif namun ia boleh ditukar. Cuba latihan ini bagi memastikan anda akan kaya.


Friday, February 11, 2011

Mula tanpa modal

Salam sejahtera,
Percaya atau tidak pada zaman kemajuan teknologi ini anda boleh menjana pendapatan tanpa menggunakan sebarang modal. Hanya menggunakan sedikit kepakaran dan pengetahuaan menggunakan komputer serta internet maka anda akan dapat menjana wang.
Sudah ramai IM di Malaysia yang berjaya menjana pendapatan melalui kaedah ini. Anda jangan percaya apa yang dibaca ni, tetapi kena cuba sendiri. Jika tidak berjaya anda tak rugi apa-apa pun kerana ia tidak memerlukan modal.
Namun jika anda sanggup melabur sedikit modal mungkin anda akan dapat menjana pendapatan lebih cepat. Hanya dengan ilmu sahaja anda akan lebih berjaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...