Pages

Sunday, May 15, 2011

Masalah modal..

 Salam sejahtera,
Dalam perniagaan masalah modal adalah paling banyak diperkatakan. Yelah jika tiada modal macam mana nak berniaga.

Namun tahukah anda bahawa modal bukan sahaja bermaksud wang. Modal boleh bermacam-macam malah dalam diri anda sebenarnya ada modal paling besar. Apa modal tu ye? Akal anda adalah modalayang paling berharga. Dengan akal anda dapat melakukan banyak perkara yang tidak memerlukan wang pun untuk menarik wang.

Namun akal yang boleh digunak perlu di isi dengan baik agar dapat digunakan dengan maksimum. Nak isi akal mudah je banyakkan membaca dan memerhati. Pasti akal akan memberikan idea, hah dari situ lah boleh buat wang....

Mudah kan, lagi mudah jika anda ada kemahiran tertentu untuk dikongsikan dengan rakan-rakan. Jangan hanya kongsi dengan rakan yang kenal mungkin ramai yang perlukan kepakaran anda. Mulakan perkhidmatan anda untuk tambah pendapatan...

Rasanya dah cukup lah dulu, nanti banyak sangat ntah apa nak citer nanti... Gunakan modal dalam diri anda untuk berjaya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...