Pages

Monday, April 20, 2009

Apa nak buat ye???

Salam..
Semoga semua telah sampai ke kampung. Bagi yang tak ada kampung tu kat bandar pun tak apalah... Janji dah sampai kat rumah... jangan nak melencong pula....
Tentu ada yang tertanya-tanya nak buat apacuti panjang ni kan... Atau anda dah ada perancangan?? Bagi yang dah ada perancangan oklah.... buat mereka yang belum ada ni ada beberapa cadangan yang mungkin anda berminat...
1) Tambah ilmu
- Hanya dengan ilmu anda akan dapat melangkah lebih jauh. Anda boleh menambah ilmu dengan membaca apa-apa bahan ilmiah yang berkaitan dengan minat atau hobi. Menghadiri kursus juga boleh tambah ilmu.
2) Tambah kenalan
- Bentuk satu rangkaian yang besar kerana ia akan menjadi sesuatu yang penting pada masa akan datang. Bayangkan jika salah seorang rakan anda dah jadi doktor mudah nak minta nasihat kesihatan, jika ada yang jadi Perdana Menteri mudah nak minta sumbangan... dan macam-macam lagi lah..
3) Mulakan bisnes
- Nak mula bisnes ni kena ada pemikiran usahawan, bukan hanya pemikiran nak kaya. Jika anda hanya ada pemikiran nak kaya maka jika tak dapat anda akan kecewa. Jika berfikiran usahawan waklauapapun rintangan yang datang ia dianggap ujian atau masalah yang ada penyelesaian bukan kegagalan. Apa bisnes yang mudah nak mula ye??? Melalui internet terdapat bermacam cara dan saya pasti anda lebih mahir.
4) Melancong
- Cuti-cuti Malaysia..... Melawatlah ke sekitar negara kita ni yang mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah. Jika nak melancong ke tempat seram pun ada mungkin anda boleh mohon dengan seekers....

Mungkin ini adalah sebahagian yang anda boleh lakukan sepanjang cuti panjang... Isikan dengan perkara yang berfaedah.
Sekian wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...