Pages

Friday, April 3, 2009

Masa yang hilang....

Salam
Semoga anda sentiasa ceria....
Terasa masa bergerak amat pantas sekarang kan. Maklumlah semua sedang menghintung hari. Masa untuk membuktikan kebijaksanaan anda yang telah hampir tiba. Wahai pelajar yang budiman dan bijaksana, gunakanlah masa yang berbaki ini dengan baik. Uruskanlah dengan teratur dan perancangan yang rapi, kerana masa yang telah berlalu tidak mungkin kembali lagi. Walaupun ada teori yang mengatakan bahawa kita boleh kembai kemasa silam namun gunakan lah masa ini untuk melakar masa hadapan.
Ada pepatah berkata "masa dahulu adalah sejarah, masa sekarang adalah realiti dan masa akan datang adalah angan-angan". Walaupun masa hadapan adalah angan-angan namun tidak mustahil ia boleh menjadi realiti. Anda cuma perlu lakukan sekarang supaya anda akan dapat pada masa hadapan. Macam orang tanam pokok rambutan tanam sekarang dapat hasil lima tahun akan datang.... Daripada angan-angan nak petik buah rambutan kan dah dapat petik pada lima tahun kemudian. Memang perkara tersebut tidak mustahil, lakukan sekarang apa yang anda inginkan. Jangan biarkan masa terus berlalu tampa pengisian yang bermanafaat.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...