Pages

Wednesday, September 15, 2010

Satu Malaysia

Salam sejahtera,
Buat pertama kali dalam sejarah negara kita, sambutan hari Malaysia akan berlangsung di negeri Sabah. Pada hari ini 16 September 2010 sambutan hari Malaysia merupakan peristiwa penting yang menceritakan penyatuan negeri Sabah dan Serawak dalam persekutuan Tanah Melayu. Dengan peristaharan cuti pada setiap 16 September maka seluruh rakyat malaysia akan sentiasa peka dengan perkara ini dan lebih menghargai negara kita.

Selamat Hari Malaysia

http://www.rinss.com

Tuesday, September 14, 2010

Selepas raya...

Salam sejahtera

Hari ini lebih baik dari semalam, sentiasa lah berusaha untuk majukan diri.
Setelah sebulan berpuasa hari raya telah disambut sebagai tanda kemenangan, tentu semua dah puas hati kan dapat cuti raya. Mungkin tidak lama cuti namun kunjung-mengunjung masih tetap dilakukan. Sepanjang bulan ni pasti ada yang akan buat rumah terbuka. Elakkan pembaziran dan amalkan sikap berjimat cermat.
Masalah utama selepas raya ialah kehabisan duit, maklumlah masa raya tak ingat nak belanja je untuk kelengkapan. Sepatutnya ukurlah baju di badan sendiri. Jangan sampai membuat pinjaman dengan pihak ahlong nanti merana badan dan keluarga. Jika sendiri tanggung tak apalah kan ni libatkan ahli keluarga yang tak tahu apa-apa.
Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat, nak selamat pastikan semua mengikut keperluan bukan mengikut kehendak.
bagaimana nak bezakan benda tu ye???

http://www.rinss.com/

Sunday, September 5, 2010

Selamat hari raya...


ps: tempoh terhad 5 hari sahaja dapatkan segera, pakej mula yang hebat


Salam sejahtera
Semoga sentiasa sihat dan ceria. Setelah 27 hari kita berpuasa maka Syawal akan menjelma. Kejayaan kita dalam mengharungi dan mengimarahkan bulan puasa ini diharap akan dapat diteruskan sehingga ke ramadan yang akan datang.
Persiapan hari raya semakin rancak dijalankan, ada yang mengambil peluang pada hari-hari terakhir ni untuk mendapatkan potongan harga yang lebih tinggi. Pelbagai juadah raya yang dijual dan mudah untuk diperolehi. Namun kita jangan lah membazir kerana ia akan memudaratkan sumber kewangan.
Dalam media masa dan cetak kita dapat lihat banyak pihak yang telah menganjurkan majlis berbuka puasa dengan meraikan anak-anak yatim. Diharap sumbangan terhadap golongan yang memerlukan ni akan dapat diteruskan lah jangan hanya pada bulan puasa je.
Dalam bulan puasa gak kena keluarkan zakat ini penting terutamanya zakat fitrah. Jika ia tidak dibayar maka pahala puasa akan tergantung di awangan. Tu mengikut pembacaan dan ceramah yang saya dengar lah. Bukan nya mahal pun ia mengikut negeri, kat johor ni RM 7.50. Bagi yang menangung keluarga bayaran mengikut yang ditanggung. Para bapa yang baru mendapat baby tu jangan lupa bayar untuk orang baru tu. Nak lebih jelas tanya para ustaz dan imam.
Zakat fitrah ni jangan dilambatkan kerana ia boleh luput. Bukan macam zakat-zakat lain boleh dibayar pada bila-bila masa. Zakat fitrah last bayar sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri, jika selepas tu baru nak bayar dah jadi sedekah lah bukan zakat fitrah lagi.
Jadi segerakanlah jangan nak bertangguh lagi dikhuatiri lupa kerana kesibukan persiapan nak raya ni.
Sekian
http://www.rinss.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...