Pages

Tuesday, April 12, 2011

Anda yang pilih..

 Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih ceria dan gembira, sentiasalah tambah ilmu supaya kehidupan hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru baca satu ebook yang menarik berkaitan kewangan. Sungguh menarik kerana kandungan yang diberikan adalah sangat praktikal. 

Walaupun mengamalkan satu daripada teknik yang diberikan pasti kita akan dapat melihat perubahan dalam  kewangan harian dan bulanan. Semua ini adalah pilihan yang kita inginkan dalam kehidupan. Jika kita mahu mempunyai wang yang lebih maka kita akan membuat sesuatu supaya dapat meningkatkan tahap kewangan. Namun jika kita masih tidak mahu berubah dan selesa dengan kehidupan sekarang ia adalah pilihan yang kita mahu.

Keselesaan kadangkala boleh membuatkan kita menghadapi masalah yang kronik. Disebabkan kita tidak mahu berubah maka segala yang berlaku disekeliling akan dilihat sebagai sesuatu yang biasa. Setiap pilihan yang dilakukan akan menyebabkan perubahan, ini akan memberikan lebih kebaikan dalam kehidupan. Perubahan kearah yang lebih baik adalah paling digalakkan, jika dahulu hanya tersenyum sekarang kita boleh memberi salam. 
Jika dahulu tidak suka membaca, sekarang boleh mulakan satu jam sehari untuk membaca. Tabiat membaca ini akan memberikan keuntungan yang besar kehidupan kita. Seperti kata para bijak pandai "pelaburan yang paling berharga ialah terhadap ilmu". Hanya dengan ilmu kita boleh menjadi kaya dan berjaya, harta yang dikumpul boleh musnah dan hilang, tetapi ilmu yang bernafaat akan sentiasa membantu kita dalam sebarang situasi tak kira susah atau senang. 
Untuk itu pilihlah untuk berubah kepada menambah ilmu, hanya dengan ilmu kita akan dapat membezakan baik dan buruk. Mulakan dengan bahan bacaan yang kita minat dan menambah ilmu baru. Mungkin dengan ilmu tersebut akan membantu kita untuk meningkatkan sumber kewangan pada masa hadapan. 

Pilihlah untuk berkongsi kerana perkongsian ilmu akan menyebabkan kita semakin kaya dengan pengetahuan. Malah ia dapat membantu ramai orang dalam memajukan diri. Seperti kisah seorang pemuda  miskin dan pemancing, setiap hari pemancing boleh memberi ikan kepada si pemuda tersebut. Namun akan menjadi lebih bijak jika dia berkongsi ilmu memancing agar pemuda tersebut dapat memancing sendiri, serta dapat berdikari.

Selamat maju jaya..
Sekian...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, April 8, 2011

APA TINDAKAN KITA?

Salam sejahtera.

Kenaikan harga barang mungkin akan berlaku lagi, apabila berlaku kenaikan harga petrol maka harga barangan lain akan turut meningkat. Ini yang pasti akan berlaku, oleh itu kita perlulah sentisa bersedia dengan fenomena ini. Seperti yang kawan saya ceritakan ni, mungkin boleh kita ambil pengajaran.

Boleh ke kita kaya?

Salam sejahtera.

Semoga sentiasa ceria dan bertambah ilmu. Hari ini lebih baik dari semalam, merupakan prinsip yang terbaik kerana ilmu perlu dipertigkatkan setiap masa. Hanya dengan ilmu akan menjadikan kita lebih baik.

Biasa kita akan bertanya boleh ke nak jadi kaya?

Sunday, April 3, 2011

200 ribu tempat ke IPT


Salam sejahtera...

Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran telah mengumumkan bahawa terdapat 200 ribu tempat telah disediakan di peringkat IPT. 

Tahniah kepada semua pelajar kerana mendapat peluang yang luas ini. Namun anda semua perlu memilih jurusan yang sesuai dengan kelulusan agar tidak kecewa nanti. Bagi mengetahu jurusan yang sesuai anda dinasihatkan mendapat pandangan dan pendapat dari mereka yang mengetahui. 

Sahabat saya Cikgu Loh ada menyediakan beberapa panduan bagi membantu anda. Saya amat menggalakan anda mendapatkannya kerana ia berkaitan dengan masa depan yang bakal anda pilih. Elakan melakukan eksperimen terhadap masa depan anda kerana banyak yang merugikan dari yang baik. Paling utama ialah rugi masa, kerana semua mengetahui bahawa masa tidak akan kembali setelah ia berlalu... 
Anda boleh lihat maklumat yang Cikgu Loh ingin sampaikan dengan klil disini.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...