Pages

Tuesday, October 19, 2010

Kesempurnaan...

Segala yang berlaku akan ada sebab dan akibatnya. Jika kita ingin berfikir pasti akan ketahui segala jawapannya. Tidak semua yang berlaku itu mempunyai maksud yang tersurat sahaja, mungkin ada yang tersirat. Disinilah minda dan akal perlu berfungsi agar ia dapat mengupas segala isi dan kita menjadi lebih bersyukur.

Begitu juga jika kita hanya melihat kesempurnaan maka segala tindakan akan menjadi serba tak kena. Nak buat itu belum lengkap nak buat ini belum siap maka semu tak dilakukan dan semunya terbengkalai. Bagi seorang yang yakin dan sentiasa berpandangan jauh kesempurnaan adalah perkara kedua paling utama ialah adakah anda bertindak melakukannya. Kita lihat sahaja pemilik syarikat software terkenal mikrosoft, Jika beliau memikirkan kesempurnaan maka tak akan tercipta pelbagai versi windows pada masa sekarang. Disebabkan tindakan yang diambil dan pembaharuan serta kajian yang sentisa berterusan maka pelbagai versi telah diterbitkan biasanya yang terkini adalah terbaik atau menyempurnakan yang lama.

Oleh itu mulakan sekarang agar kita tidak ketinggalan akibat menangguh kerja kerana terlalu memikirkan kesempurnaan.

Kepada pelajar KMJ selamat menduduku peperiksaan PSPM 1. Buat yang terbaik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...