Pages

Friday, April 8, 2011

APA TINDAKAN KITA?

Salam sejahtera.

Kenaikan harga barang mungkin akan berlaku lagi, apabila berlaku kenaikan harga petrol maka harga barangan lain akan turut meningkat. Ini yang pasti akan berlaku, oleh itu kita perlulah sentisa bersedia dengan fenomena ini. Seperti yang kawan saya ceritakan ni, mungkin boleh kita ambil pengajaran.

Hari ini kueh dijual ditempat saya dengan harga 40sen sekeping. Sudahlah saiz kueh tidak sampai 3cm pun. saya mengelengkan kepala. Sudahlah penyek dan tak segemuk dulu kuehnya.Gula naik beberapa sen sekilo namun yang orang menaikkan harga 10sen untuk sebiji kue, sudahlah kecil. Itu tak diceritakan lagi kenaikan minyak, makanan, rumah dan sebagainya. Saya perhatikan ramai juga lelaki yang cepat beruban dan semakin botak. Saya tertanya–tanya adakah ini disebabkan makanan kita sekarang atau memikirkan bebanan kewangan? 

Saya yakin ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan, jika tidak mengapa ‘katanama ‘ carian juwatan di carian google mencatat jutaan orang yang menaipnya. Jika anda sudah sangat sangat stabil, tahniah namun bagi mereka yang masih mencari-cari, berhati-hati kerana ramai juga ingin mengambil kesempatan ke atas kita.

Sekarang ni memang banyak peluang untuk menjadi jutawaan, namun kita perlu ingat cara yang betul akan memberikan keberkatan dalam kehidupan. Mungkin ramai yang tidak endahkan perkara ini tetapi itulah hakikatnya. Peluang untuk menjana pendapatan tambahan yang mudah ialah melihat sekeliling rumah kita, ada tak botol atau tin kosong? Kertas surat kabar lama dan kotak-kotak yang tidak diperlukan lagi? Semua itu merupakan peluang  kita untk menjana pendapatan. Kita boleh kitar semula atau jual ke pusat kitar semula. 
Jika kita ada kemahiran dalam seni barangan terbuang itu boleh dijadikan sebagai satu hasil seni yang boleh dijual. Kita juga boleh membuat pelbagai barang hiasan daripada sampah, bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana nak mengolah sampah kat rumah kita tu bolehlah klik disini. 
Semoga kita dapat menyelamatkan dunia ini..




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...