Pages

Tuesday, April 12, 2011

Anda yang pilih..

 Salam sejahtera,
Semoga hari ini lebih ceria dan gembira, sentiasalah tambah ilmu supaya kehidupan hari ini lebih baik dari semalam. Saya baru baca satu ebook yang menarik berkaitan kewangan. Sungguh menarik kerana kandungan yang diberikan adalah sangat praktikal. 

Walaupun mengamalkan satu daripada teknik yang diberikan pasti kita akan dapat melihat perubahan dalam  kewangan harian dan bulanan. Semua ini adalah pilihan yang kita inginkan dalam kehidupan. Jika kita mahu mempunyai wang yang lebih maka kita akan membuat sesuatu supaya dapat meningkatkan tahap kewangan. Namun jika kita masih tidak mahu berubah dan selesa dengan kehidupan sekarang ia adalah pilihan yang kita mahu.

Keselesaan kadangkala boleh membuatkan kita menghadapi masalah yang kronik. Disebabkan kita tidak mahu berubah maka segala yang berlaku disekeliling akan dilihat sebagai sesuatu yang biasa. Setiap pilihan yang dilakukan akan menyebabkan perubahan, ini akan memberikan lebih kebaikan dalam kehidupan. Perubahan kearah yang lebih baik adalah paling digalakkan, jika dahulu hanya tersenyum sekarang kita boleh memberi salam. 
Jika dahulu tidak suka membaca, sekarang boleh mulakan satu jam sehari untuk membaca. Tabiat membaca ini akan memberikan keuntungan yang besar kehidupan kita. Seperti kata para bijak pandai "pelaburan yang paling berharga ialah terhadap ilmu". Hanya dengan ilmu kita boleh menjadi kaya dan berjaya, harta yang dikumpul boleh musnah dan hilang, tetapi ilmu yang bernafaat akan sentiasa membantu kita dalam sebarang situasi tak kira susah atau senang. 
Untuk itu pilihlah untuk berubah kepada menambah ilmu, hanya dengan ilmu kita akan dapat membezakan baik dan buruk. Mulakan dengan bahan bacaan yang kita minat dan menambah ilmu baru. Mungkin dengan ilmu tersebut akan membantu kita untuk meningkatkan sumber kewangan pada masa hadapan. 

Pilihlah untuk berkongsi kerana perkongsian ilmu akan menyebabkan kita semakin kaya dengan pengetahuan. Malah ia dapat membantu ramai orang dalam memajukan diri. Seperti kisah seorang pemuda  miskin dan pemancing, setiap hari pemancing boleh memberi ikan kepada si pemuda tersebut. Namun akan menjadi lebih bijak jika dia berkongsi ilmu memancing agar pemuda tersebut dapat memancing sendiri, serta dapat berdikari.

Selamat maju jaya..
Sekian...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...