Pages

Monday, May 11, 2009

Kata-kata semangat.....

Salam,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pujangga ada menatakan bahawa terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk akibatnya. Apa bila nak berkata-kata kita perlu lah hati-hati kerana kadangkala kata-kata yang kita rasa biasa boleh mengguris hati orang lain. Setiap kata-kata yang diucapkan perlulah baik agar kita akan mendapat keberkatan.
Ada juga ulamak yang berkata lebih baik diam jika tidak ada apa yang nak diucapkan. Jagalah lidah mu kerana ia upama pedang. Menggnakan lidah dengan baik akan menjadikan kita dihormati dan disegani namun jika kita tersalah guna mungkin akan mengakibatkan malapetaka yang besar.
Mungkin kita anggap ia sebagai gurauan namun berhati-hati jika orang yang nak bergurau tu belum kita kenal hati budinya. Gurauan bagi kita mungkin hinaan bagi mereka. Sentiasalah ucapkan yang baik-baik seperti kata-kata semangat dan nasihat supaya membuat kebaikan.
Bagi mengelakkan masalah anggaplah segala yang diucapkan oleh kawan-kawan tu sebagai kata-kata semangat, dengan itu kita tidak akan tertekan dan dapat melakukan kerja dengan baik.
Sekian wasslam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...