Pages

Wednesday, May 26, 2010

Kewangan kita

Salam
Semoga semua sentiasa luarbiasa bagus.
Bagi yang sakit sentiasalah banyakkan bersabar kerana itu adalah tanda Allah masih sayang pada kita. Bagi yang sentiasa sihat perlu banyakan bersyukur kerana Allah kabulkan doa kita.
Semalam sambil berborak dengan kawan-kawan ada yang mengeluh kerana elaun telah dipotong. Maka pendapatan pun berkurang, timbullah berbagai-bagai cara untuk menambah pendapatan. Memang hebat kan kita ni bila ada masalah akal akan sentiasa membarikan cadangan bagi menyelesaikannya. Namun segala cadangan yang di berikan oleh akal perlulah berpandukan ilmu dan iman. Jika tidak masalah yang akan menimpa.
Setalah sekian lama menimba ilmu berkaitan kewangan, sedikit cadangan yang boleh saya berikan kepada kawan-kawan sekalian. Mengikut semu apakar kewangan tak kira lah yang dalam negara atau luar negara semua mencadangkan agar kita menabung. Kenapa menabung? Yelah nak kaya tak kan nak simpan je... Bila pula nak guna? Sebenarnya bagi peringkat permulaan kita perlulah menabung untuk mengumpul dana atau modal. Setelah dana mencukupi maka boleh lah kita bergerak untuk keperingkat yang lebih tinggi.
Oleh itu bagi permulaan ni mulakan lah menabung, bagi yang berkerja saya sarankan buat potongan gaji sebanyak 10 % dari pendapatan bulanan anda. Dimana nak simpan ye?? dimana-mana yang sesuai dan jika dapat yang boleh memberikan pulangan yang lumanyan seperti Tabung Haji atau ASB. Mulakan sekarang....
Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...