Pages

Sunday, December 26, 2010

Minggu terakhir 2010....Apa azam tahun 2011?

Pastikan target anda jelas
Salam luar biasa bagus...
Dah sampai ke penghujung tahun 2010. Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi, adakah anda sudah bersedia menghadapi tahun 2011? Adakah hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita anda untuk tahun 2010 dah tercapai?
Soalan yang famous pada setiap akhir tahun dan awal tahun " Apa azam tahun ni?". Namun adakah cara menyatakan azam tersebut betul? Ramai akan mengatakan dianak itu, nak ini nak jadi tu nak jadi ini. Namun semuanya akan berkobar-kobar pada 2- 3 minggu pertama jer. (biasanyalah tetapi bukan anda kan).

Bagi memastikan AZAM anda pada tahun ini menjadi kenyataan anda perlu membuat beberapa langkah seperti dibawah:
1) Tulis azam anda dengan jelas.
     - Saya nak kaya (terlalu umum)
     - Saya mahukan sumber pendapatan sebanyak RM 1000 sebulan.  (lebih jelas)

2) Pamerkan azam anda dan baca
Tampal di tempat yang mudah anda lihat seperti pintu bilik, cermin, peti ais dan mana-mana yang sesuai. Mengikut pakar lebih kerap anda baca lebih cepat azam anda terlaksana. Paling kurang pun 3 kali sehari. Pastikan anda membaca dengan suara yang jelas dan yakin. 

Kejayaan bermula dengan ilmu
3) Tandatangan 
Azam yang telah ditulis perlu ditandatangani agar menjadi satu janji kepada anda untuk melaksanakannya.

4) Letakkan tarikh
Pastikan azam yang anda ingin capai mempunyai tarikh akhir, Bagi memastikan anda tidak melencong dengan perkara-perkara lain.

5) Bagitahu kepada orang azam anda
Ini pasti sukar kerana semua orang akan tahu dan anda tidak akan mempunyai alasan untuk tidak melaksanakan azam anda. Oleh itu ini merupakan kunci kejayaan azam anda pada tahun ni.

Semoga anda dapat mencuba tips ini dan berjaya mencapai azam anda pada tahun 2011 ni.
Selamat tahun baru.  


http://www.rinss.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...