Pages

Friday, July 22, 2011

Saya tak cukup masalah.....

 Salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Bagaimana dengan program penambahan ilmu? Pasti ada yang baru dipelajari kan. Paling tidak pun amalkan ilmu yang sedia ada. Seperti kata orang "betulkan yang biasa, biasakan yang betul".

Seringkali apabila diminta melakukan sesuatu yang baru pasti kita akan mendengar rungutan tak cukup masa. Hairan betul padahan setiap orang ada 24 jam sehari semalam. Tak ada yang lebih pun lainlah jika kita berada di planet lain mungkin masa kita akan bertambah. 

Masalah tidak cukup masa ni sebenarnya berpunca dari pengurusan masa yang lemah. Kita perlu mencari satu teknik yang betul agar dapat membantu dalam pengurusan masa. Ada bijak pandai mencadangkan supaya sediakan senarai yang kita lakukan agar lebih mudah dilaksanakan. Terbaru yang saya dengar ialah senaraikan perkara yang kita tak patut buat agar tidak membuang masa. Ni lagi baik kot, yelah jika tak buat perkara tersebut maka masa itu boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanafaat. 
Segala yang perlu dilakukan adalah bergantung kepada diri sendiri kerana kita lebih mengetahui bagaimana dan untuk apa masa kita digunakan. Elakan dari membazir masa kerana masa ang berlalu itu tidak akan kembali lagi. 

Semoga kita dapat mengurus masa dengan baik. 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
IKLANEKA 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...