Pages

Tuesday, June 29, 2010

Perubahan itu perlu

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa luar biasa bagus. Jadikan hari ini lebih abaik dari semalam. Setelah melalui sepanjang enam bulan pada tahun 2010,bermakna kita telah berada separuh dari pada tahun2010. Apakah yang anda telah lakukan sepanjang masa tersebut? Adakah sesuatu yang dapat membanggakan anda? Tau azam pada tahun ini telah terlaksana?
Bagi yang telah berjaya tahniah, namun kepada yang masih dalam proses kejayaan usahakan dengan penuh daya dan upaya. Bagi mencapai apa yang telah kita rancang perubahan adalah amat perlu. Walaupun sedikit ia sangatlah perlu, dengan adanya perubahan tersebut maka kita semakin hampir denan kejayaan. Bagi seorang pelajar,setiap hari perlukan perubahan kerana anda sentiasa belajar sesuatu yang baru. Pastikan minda anda sedia untuk berubah bagi menerima ilmu. Sentiasalah berfikiran positif agar anda sentiasa ceria. Jika dulu anda buat satu latihan sehari mungkin pada mas ini anda boleh buat lima latihan. Sentiasa lakukan perubahan kearah yang lebih baik. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Sekian.
www.rinss.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...