Pages

Sunday, June 27, 2010

Sentiasa belajar

Salam sejahtera,
Semoga anda menjadi yang terbaik pada hari ini. Pada setiap hari minggu biasanya masa yang paling sesuai untuk berehat. Namun tak salah jika anda meluangkan masa untuk membaca kerana ia akan memabantu anda bagi menambah maklumat baru.
Anda sepatutnya sentiasa belajar tidak kira masa dan tempat, dengan membaca anda akan dapat tahu sesuatu yang baru setiap hari. Tabiat membaca merupakan kaedah belajar sendiri yang paling murah. Mulakan denagan bahan bacaanyang anda minat. Tidak salah jika anda meminati komik namun pastikan anda mendapat ilmu dari pada bahan bacan tersebut.
Adalah lebih baik jika ilmu yang diperolehi itu boleh digunakan dalam kehidupan anda. Pada masa kini ilmu pengurusan kewangan merupakan salah satu ilmu yang penting kerana ia akan membantu anda untuk berbelanja dengan berhemat. Jika anda sudah mahir dengan ilmu tersebut carilah yang lain kerana ilmu amat banyak dalam dunia ini.
Pastikan anda jadikan amalan agar ia berguna dalam kehidupan dan anda akan kagum dengan diri anda sendiri. Ramai yang telah berjaya mewajibkan diri mereka membaca sekurang-kurangnya1 jam sehari. Anda tidak pwrlu lah baca terus-menerus selama 1 jam tetapi boleh di bahagika kepada beberapa sesi, mungkin 30 minit setiap sesi atau 15 minit setiap sesi. Semuanya terpulang kepada keselesaan anda. Selamat membaca.
Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...