Pages

Sunday, August 22, 2010

Mangsa mercun pertama

Salam sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa melakukan yang terbaik.
Setelah 15 hari menjalankan ibadat puasa berlaku kemalangan pertama akibat mercun. Mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang bermain mercun bola. Jika pada tahun 90an dulu berita berkaitan kemalangan bermain mercun adalah perkara biasa kerana mercun memang mudah diperolehi.
Setelah pihak kerjaan melarang kemasukan mercun maka kemalangan akibat mercun berkurangan. Mungkin perayaan tidak meriah jika tiada mercun, namun ia akan menjadi lebih menyedihkan jika berlaku kemalangan atau malapetaka yang akibat bermain mercun.
Elakkan bermain mercun kerana ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Lagi pun ia bukannya mendatangkan faedah malah lebih banyak mudarat. Anda boleh fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.


http://www.rinss.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...