Pages

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran

Salam sejahtera,
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira. Setelah 17 hari menyambut Ramadah kita pasti tak akan lupa pada hari Al Quran diturunkan. Sambutan yang dilakukan amat meriah terutamanya di masjid-masjid dan surau-surau. Semoga ia akan menyemarakkan semangat kita untuk membaca dan menghayati Al Quran. Jika kita dapat membaca maka pahala yang diperolehi adalah sangat banyak, paling kurang pun kita dengar orang baca dapat gak pahala.
Setelah 1400 tahun Al Quran diturunkan masih ada lagi yang peristiwa zaman jahilliah yang berlaku kini. Kes buang bayi berlaku dengan berleluasa dan amat membimbangkan. Adakah ini tanda akhir zaman?? Kepada para remaja sekalian sentiasalah berwaspada dan beringat bahawa hanya agama dan adat yang akan selamatkan kita dari maksiat. Semua agama melarang melakukan perkara yang jahat, malah semuanya menyuruh kepada kebaikan. Jagalah diri dan negara anda.

Sekian

http://www.rinss.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...