Pages

Tuesday, July 20, 2010

Ilmu, idea dan bisnes.




Salam sejahtera
Jadikan hidup anda lebih baik dari semalam, semua orang mahu berjaya bezanya ialah tindakan yang telah diambil. Dengan ilmu yang banyak namun tidak ada tindakan maka tiada kejayaan bersama anda. Ada yang tiada ilmu namun mahu mencuba maka kegagalan akan bersamanya. Oleh itu untuk berjaya anda perlu berilmu dan perlu bertindak. Tidak perlu ilmu yang banyak tetapi lakukan apa yang anda dah tahu sambil menambah ilmu.
Sekarang ni perniagaan menjadi satu trend untuk diceburi. Terutamanya bagi muda-mudi yang ingin menjadi jutawan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menbina sesuatu perniagaan namun anda perlu fokus pada satu model sahaja.
Tiada idea merupakan alasan utama apabila ingin memulakan bisnes, tahukah anda bahawa idea ada disekeliling anda. Lagi mudah jika jadikan hobi atau minat anda sebagai sumber bisnes pertama. Setelah itu kembangkan kepada yang lain. Pada masa kini bisnes internet menjadi pilihan remaja kerana ia mudah dan murah, malah ada yang tidak memerlukan modal pun.
Tidak hiran lah sekarang jika ramai remaja yang berjaya menjadi jutawan pada usia muda. Semua kemudahan telah tersedia anda hanya perlu bertindak untuk berjaya. Kejayaan adalah bagi orang yang mahu dan bertindak, bukan hanya mahu sahaja tetapi tida tindakan.
Sekian
http://www.rinss.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...