Pages

Sunday, July 4, 2010

Jerman vs Argentina

Salam sejahtera
Semoga anda semua sentiasa bersemangat seperti pasukan Jerman yang berjaya menundukkan Argentina 4-0 pada perlawanan semalam.
Kepada penyokong Jerman tentu sangat bergembira, namun jangan terlalu gairah kerana masih ada perlawanan yang perlu dihadapi. Jika permainan Jerman konsisten mungkin mereka akan melangkah lebih jauh.
Tu berkaitan dengan perlawanan yang ada 90 minit. Namun dalam kehidupan kita ni masih belum tahu lagi berapa lama hayat yang ada. Oleh itu kita perlu sentiasa berusaha agar mendapat yang terbaik. Seperti pasukan Jerman walaupun sudah pasti akan menang namun mereka masih cuba mendapatkan gol yang keempat dan terbukti percubaan mereka barhasil.
Dengan menhayati semangat mereka diharap semua pelajar akan sentiasa belajar walaupun terdapat pelbagai halangan. Jadikan setiap halangan tersebut sebagai cabaran yang mempunyai jalan penyelesaian. Paling penting sentiasa berusaha hingga ke akhir.
Sekian
http://www.rinss.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...