Pages

Thursday, February 17, 2011

Bisnes tanpa modal?

Salam sejahtera

Tentu anda berminat nak buat bisnes kan. Maklumlah sekarang ni semua orang sedang bercakap nak tambah pendapatan dan pasti bisnes adalah topik utama. Maklumlah 9 dari sepuloh sumber rezeki adalah dari bisnes.
Apabila cakap pasal bisnes ni perkara utama yang ditanya ialah berapa modal nak guna? Apa yang diketahui setiap perniagaan memerlukan modal walaupun perniagaan tersebut adalah kecil. Jika anda nak jual burger pun modal paling minimum ialah RM 500. Nak kena cari tapak atau tempat yang strategik pula.

Dengan teknologi sekarang ni salah satu masalah untuk memulakan bisnes dapat dikurang kan. Masalah tersebu ialah modal dan tempat nak bisnes. Yelah dengan penggunaan internet perniagaan pertama anda mungkin tidak memerlukan modal langsung. Tetapi saya tak naklah bagi harapan yang macam tu. kerana jika tak ada modal maka kita macam tak bersunggh nak buat bisnes.
Oleh itu saya katakan modal adalah minimum kerana ia memerlukan masa dan tenaga anda sahaja. Jika anda tidak mempunyai sambungan internet anda boleh menggunakan sibercafe maka modal diperlukan untuk beberapa jam tersebut.Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah mulakan sekarang. Jika memerlukan modal mula kumpul agar anda tidak perlu membuat pinjaman yang besar. Adalah lebih baik jika kita dapat mulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman. Mulakan dari kecil sehingga berkembang maju.
Pilih model bisnes yang sesuai dan dapatkan mentor agar anda tidak silap jalan. Gunakan medium forum dan laman sosial untuk promosi bisnes anda. Namun anda perlu lah beretika agar tidak menimbulkan masalah kepada rakan-rakan dalam forum dan laman sosial.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...