Pages

Saturday, March 5, 2011

Kenali diri anda

Salam sejahtera

Semua orang ingin berjaya namun kenapa hanya sebilangan kecil sahaja yang betul-betul berjaya dan kaya. Kita lihat sahaja jumlah orang melayu yang tersenarai sebagai orang yang terkaya, hanya beberapa orang sahaja. Walaupun negara ini mempunyai mejoriti penduduk melayu. Kenapa mereka boleh berjaya? Kita sering bertanya soalan ini namun setelah mendapat jawapannya tiada tindakan yang diambil maka kita tidak akan mengalami perubahan.



Segala yang kita ingini hanya akan berlaku apabila ada tindakan yang diambil atau dilakukan. Sebagai contoh mudah, jika kita hendak makan nasi ayam, maka kita perlu masak atau beli di kedai. Semua itu memerlukan tindakan, agar hasil yang diperolehi sama dengan kehendak atau impian yang telah kita tentukan.

Ada pepatah orang dulu-dulu mengatakan "yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek"oleh itu kita perlu melakukan sesuatu untuk mencapai cita-cita. Supaya tindakan yang akan kita ambil tidak sia-sia maka kita perlu mengenali potensi dan kelebihan diri sendiri.

Ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mengenali potensi diri. Paling mudah ialah dengan menjawab beberapa soalan seperti berikut. Apakah kepakaran yang kita miliki? Apakah masalah yang sering kita selesaikan? Kawan-kawan biasanya suka bertanya apa kepada kita?

Jika setiap soalan yang diajukan mempunyai jawapan yang hampir sama maka itu mungkin potensi kita. Apa yang kita perlulakukan ialah kembangkan potensi tersebut untuk membuat sesuatu perubahan. Disinilah perlunya kita bertindak. Tampa tindakkan maka potensi hanya tinggal sebagai potensi.

Untuk kenal potensi diri dengan lebih pantas mungkin kita boleh hadiri kursus yang sering diadakan di serata malaysia oleh penceramah yang berkaliber Dr. Azizan Osman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut kita boleh klik pada banner di bawah.


Kita kena bertindak sekarang untuk melihat hasil pada masa hadapan.Lebih cepat kita bertindak lebih cepat kita mendapat hasil.
Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...