Pages

Monday, March 21, 2011

Emas???

Salam sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Makin heboh lah sekarang ni berkaitan dengan emas. Yelah bila kata emas semua orang suka dan mudah nak kenal. Warna yang menarik dan menawan hati setiap orang terutamanya wanita. Pernah tonton cerita mami jarum??? Tu dia gelang emas penuh lengan....
Negara kita ni memang sangat kaya kerana sesiapa yang rajin pasti akan menjadi kaya. Namun tak semestinya rajin je kena bijak dan berilmu agar lebih cepat jadi kaya. Dengan emas ni ada kawan kata mudah buat duit, harga pun tak akan jatuh malah sentiasa naik.
Nak cerita pasal emas ni kena tanya mereka yang pakar dan berilmu tentang emas. Walaupun nampak mudah jika tak ada ilmu mudah kena kelentong dan akan rugi besar. Walaupun berani ambil resiko langkah keselamatan perlu ada supaya tidak mengalami muflis yang teruk.
Semalah seperti seorang pelumba kereta formula 1 tu, memang beresiko tinggi jika kita yang pandu kerana kita tak ada ilmu berkaitan pengawalan kereta tersebut. Jika bagi pada Alex Yong dia dah biasa bawa dan ada ilmu mungkin resiko akan kurang. Oleh itu iuntk kurangkan resiko kita perlu ada ilmu.
Seperti kata Adam Kooh dalam bukunya bagaimana saya jadi jutawan, nak melabur dalam pasaran saham banyak perkara yang kita perlu tahu antaranya ialah aliran tunai dan siapa yang menguruskan syarikat tersebut. Dengan sedikit pengetahuan yang kita ada akan membantu dalam menentukan kejayaan kita dalam sesuatu bidang.
Emas dan kekayaan perlu adailmu untuk berjaya. Jangan main hentam jer... buat kajian dulu agar anda boleh bertindak.

Sekian
http://www.rinss.com
http://www.remajadigital.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...